Login


Register | Recover Password
 

Peperiksaan Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH) Malaysia

Di agensi Rescom Realty tempat saya bernaung, pihak pengurusan menggalakkan kami perunding-perunding hartanah mengejar impian untuk menjadi Ejen Hartanah Berdaftar.  Langkah pertama, antaranya, ialah dengan menduduki peperiksaan Bahagian 1 yang dijalankan oleh LPPEH.  Suatu masa lain, inshaa Allah, saya akan menulis tentang peperiksaan LPPEH (juga dikenali sebagai ‘exam Board’) ini sendiri.

Saya menduduki peperiksaan ini pada bulan Ogos 2014.

Ketika itu masuk tahun kedua saya berada di Rescom Realty.  Sejak saya mula-mula masuk ke Rescom pada Februari 2013, topik ambil peperiksaan atau menghadiri kursus sijil di Institut Penilaian (Inspen) sudah jadi topik biasa dalam bicara saya dan kawan-kawan perunding hartanah yang lain.  Sama ada pilihan ambil periksa atau kursus sijil, masing-masing ada kebaikan dan keburukannya.

Saya menanam tekad masuk ke Inspen kerana takut gagal dalam periksa LPPEH.  Maklumlah, teman-teman rata-rata masuk ke Inspen kerana cara pembahagian markah berperingkat, tidak seperti periksa LPPEH yang hanya ada 1 peluang itu.  Lagi-lagi pula, periksa LPPEH hanya setahun sekali.  Jika gagal, bermakna tahun depan baru boleh cuba lagi.  Faktor masa sangat penting.  Dengan itu, saya memang yakin dan pasti ingin ke Inspen.  Tapi, kita merancang.  Ada Maha Perancang yang juga merancang.  Saya terlepas peluang mendaftar di Inspen!  Memang saya rasa sangat-sangat terkilan.  Saya tidak tahu ada tarikh tutup bulan Oktober!  Saya bayangkan macam masuk sekolah, selagi belum mula semester, boleh saja mendaftar dan terus join.. :((

Selepas ketinggalan masuk Inspen, saya dengar desas-desus mengatakan terlalu ramai yang mendaftar di Inspen untuk sesi 2014.  Kekosongan hanya 70, tetapi yang mendaftar lebih 2 kali ganda.  Dan ada khabar angin mengatakan yang daftar untuk tahun 2014 dibawa ke sesi 2015.  Ada juga khabar mengatakan akan ada quota untuk student dari setiap negeri.  Semuanya menakutkan saya.  Mana tahu jika 2015 pun saya belum dapat masuk Inspen?  Jadinya, sebaik terlepas peluang ke Inspen untuk tahun 2014, saya terus menyiapkan diri untuk exam Board.

Buku pertama yang saya beli ialah buku di bawah:

IMG_0852

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan penuh semangat saya beli buku ini di Big Bad Wolf 2013.  Saya datang dari background Engineering, jadi, menduduki exam subjek Ekonomi, law, accounting, dan semua subjek yang tiada kaitan dengan matematik dan sains menakutkan saya… Jumpa saja buku ekonomi, terus beli dan snap2 gambar dulu (ambil feel, kata orang…)

Saya start study ekonomi menggunakan buku di atas sejak Januari 2014.

Saya juga mula bertanya kepada seorang teman di Rescom yang mengendalikan kelas tuisyen exam board.  Berapa yuran, bagaimana kelasnya, apa yang dicover, bila bermula, dan macam-macam lagi soalan yang bisa buat orang yang lemah semangat demam kura-kura.  Beliau ialah sifu dan prinsipal kelas Tuisyen Exam Board, Encik Erman Taib.  (Saya panggil beliau by name saja sebab saya ni pangkat akak-akak dah padanya :) )

Berkat kesabaran Erman melayan setiap soalan saya, beliau berjaya meyakinkan saya, adalah berbaloi mengikuti kelasnya.  Pada masa itu, income saya sebagai Perunding Hartanah masih ‘angin sepoi-sepoi bahasa’ (maafkan perumpamaan saya yang tidak tepat langsung di sini (bukan niat merosakkan bahasa Melayu tetapi saya rasa perumpaan ini boleh difahami dalam konteks ini)), jadi, saya sayang duit yang akan digunakan sebagai yuran pengajian.  Oleh itu, memang saya cek betul2, adakah ok dan berbaloi membayar utk kelasnya.  Sebenarnya, bukan Erman yang bertuah dapat meyakinkan saya, tetapi sayalah yang bertuah dapat mengikuti kelas tuisyen di LCTC (Learning Curve & Training Centre (kalau salah, sorry ya, Erman).  Saya yakin, kelas tuisyen itu bukan setakat mengaut ‘tuition fee’ oleh Erman, tetapi lebih kepada membuka jalan memandaikan mereka yang mahu belajar.

Peperiksaan LPPEH biasanya diadakan pada bulan Julai setiap tahun, jadi kami mula belajar, seingat saya, pada Mac 2014. Kelasnya hanya setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) setiap minggu.  Untuk 6 subjek, sebulan lebih habis untuk masa kelas sahaja.  Berikutnya ialah ‘revision’ time, sehari untuk setiap subjek.  Dengan beranggapan periksa ialah pada bulan Julai, kelihatannya semuanya dalam jangkamasa yang selesa untuk belajar dan mengulangkaji.

Seronok belajar di LCTC.  Saya kenal dengan ramai perunding-perunding hartanah dari agensi lain.  Dan kami menjadi rapat.  Saya di sana sebagai salah seorang akak-akak, dan ramai adik-adik yang kelakar, dan of course selalu datang lewat ke kelas.  Hanya seorang yang bagus disiplinnya, iaitu Kak Mizan Salim.  Saya sendiri, konon-konon diorang panggil ‘cip’, memang tak pernah datang awal .. paling bagus ialah datang ‘on time’ (mungkin ada sekali sahaja)…Most time saya datang 10.30 pagi, atau lebih lewat sedikit .. Maaf ya cikgu.. Apapun, sebagai ‘cip’, saya set up kan group Whatsapp untuk kami berbincang tentang kelas dan exam.  Group ini masih kekal hingga exam Part 1 berakhir.  The friendship we had memang was a good one.

Apapun, seperti biasa, ada kejutan.  In this case, for me, it was a pleasant surprise.  Exam akan diadakan pada bulan Ogos.  Iaitu selepas raya.  Ahh.. betapa leganya.  Sebab saya rasa mungkin saya kehausan selepas jawab soalan periksa :)

Surat penerimaan pendaftaran exam sampai.  Begitu juga dengan jadual periksa.

IMG_1519

 

 

IMG_1517

Kalau untuk kebanyakan orang, periksa LPPEH ini hanya target untuk lulus sahaja.  Bukan mendapat ‘A’.  Memang betul apa yang dikata.  Memang tiada ‘grading’ pun di dalam keputusannya, sama ada ‘A’, ‘B’, dan sebagainya.  Keputusannya hanya lah ‘lulus’ atau ‘gagal’.  Jadinya, anggapan kebanyakan orang ialah belajar sikit-sikit sudah memadai.

Bagi saya pula, masalahnya ialah, jika kita aim untuk lulus dan belajar hanya ala kadar, bagaimana jika kita tersilap langkah?  Bukan risikonya gagal?  Tetapi jika kita target ‘A’, dan tersilap langkah lalu kita cuma dapat ‘B’, bukankah kita masih lulus? :) Sebenarnya, saya memang jenis yang sentiasa berhati-hati.  Taruhan gagal ialah repeat dan rugi masa setahun.  Itu pun jika lulus tahun depannya.  Jika tidak?

Saya mula belajar untuk periksa sebaik sahaja kelas akaun bermula.  Seingat-ingat saya, itu ialah kelas kedua dalam jadual tuisyen.  Secara jujurnya, saya memang belajar gila-gila untuk hampir semua subjek.  Untuk akaun, menjelang hari periksa, saya sudah siapkan semua soalan Imbangan Duga, dan ulang!  Kami ada 6 tahun past papers, dan saya buat 12-14 kali soalan Imbangan Duga.  (ada tahun yang soalan Imbangan Duga keluar 2 kali).  Topik lain ialah Akaun Untung Rugi/Kunci Kira-kira, Balance sheet.  Pun saya jawab semua soalan 6 tahun.  Belajar juga Depreciation.  Latihan lagi.  Prinsip saya dalam belajar akaun ialah, saya mahu betul-betul mahir dengan segala letak debit atau kredit, di sebelah kiri atau kanan untuk setiap jenis akaun.

Balancesheet

Balance sheet

TPL

Trading, Profit and Loss Acc

IMG_0864

Compilation 6 set soalan Akaun sudah dibongkarkan untuk memudahkan saya jawab soalan…

IMG_0861

miscellaneous Account questions answered

Trial

Imbangan Duga – soalan imbangan duga TIDAK KELUAR SAMA SEKALI dalam exam board 2014!

 

Apabila saya rasa bosan belajar subjek yang banyak menulis dan menghafal, saya larikan diri dengan mengadap subjek melukis – Building Technology.  Untuk release tension study, memang saya suka melukis.. Dari zaman dulu2 lagi…

IMG_0870

Subjek untuk menenangkan diri – Building Technology 1

 

Subjek lain -

Intro to Law : Ini kena hafal.  Topik apa. Definisi.  Kes mana.  Tak boleh lari

Tax: Hafal juga

Ekonomi : Faham & hafal

Marketing: Faham konsep & teori.  then Goreng kasi garing

Menjelang hari peperiksaan.  Betapa gilanya hidup saya.  Maid yang setelah sekian lama berkhidmat dengan kami pulang ‘for good’.  Maid pengganti yang baru pula mahu pulang ke majikan lamanya dan berkhidmat di sana.  Sambil belajar, sambil melayan karenah maid yang tidak sabar2 nak pulang ke majikan lama.  Majikan lama pula asyik mengacau maid saya untuk bertanya bila nak ke rumahnya.  Kami minta tempoh hingga saya habis exam, lepas tu kami akan hantar dia ke majikan lamanya. Tapi majikannya tidak faham.  Akhirnya kami pulangkan maid itu ke majikan lamanya dan sayalah pengganti maid.  Menjaga anak-anak.  Menguruskan rumah.  Makan minum anak-anak.  Belajar untuk peperiksaan besar saya.  Memang hidup saya tunggang-langgang waktu itu.  Betapa gilanya kehidupan ketika itu.  Saya terfikir-fikir apakah saya boleh lulus dengan cara belajar kelam-kabut.  Apapun, kami usahakan juga untuk mengambil maid temporary.  Saya perlu orang yang menentukan hal rumah dan anak-anak waktu saya belajar dan waktu saya ke exam.

Bayangkan, dalam minggu terakhir sebelum peperiksaan, saya study dan jaga anak-anak.  Dalam menjawab soalan di meja makan, sambil itu lari ke depan melihat anak kedua yang istimewa.  Lari semula belajar di meja.  Cukup masa, tentukan makan minum anak kedua dan anak bongsu.  Tengahari mesti sudah siap masak untuk anak-anak yang lain.  Anak-anak dan suami semuanya jadi pembantu kerja di rumah.

Alhamdulillah.  Ada penyelesaian di balik tiap masalah.  Kami dapat maid sementara malam sebelum saya ambil periksa.  Semua hal rumah dan tangga serta anak-anak saya tolak kepada suami dan anak-anak serta maid.  Saya hadap exam sahaja.  Study sendiri di rumah, sambil2 berbincang dgn teman-teman setuisyen melalui whatsapp, dan sempat berbincang sebelum masuk exam.

DiariExam

Sebahagian files yang diguna dalam discussion thru Whatsapp

diariexam2

Hari pertama exam. Ni geng yang sit for exam dalam Dewan Jubli di Inspen. Ramai sangat orang. Sempat discuss2 lagi tu.. Tu semua perunding-perunding hartanah la tu. Ada sorang brother yang saya tak kenal (umurnya sudah senior) tegur saya, katanya “Kalau u tak score A, tak tau la..” Alamak.. itu dia baru nampak saya study tepi dewan just before exam…!

Collages

Ni geng gugurl yang exam di dewan lain daripada saya. Naik pening kepala dah kawan kita tu discuss dalam surau…

Selepas 2 hari exam, kami pun makin relek.  Masuk hari ketiga selepas exam, semua dah cool aje.  Habis exam, posing-posing lagi

 

IMG_2296

IMG_2320

IMG_2321

happy faces.. dah lega..

Sebelum exam dulu, ginilah saya simpan semua nota-nota yang berkaitan.  1 beg untuk setiap 1 subjek.  Ke mana nak pergi – kelas tuisyen, kelas revision, balik kampung, study kat atas katil – bawa terus 1 beg.

IMG_4992

Setiap 1 beg utk setiap 1 subjek. Senang nak study. Semua material di dalam beg tu.. Tak la kacau bilau mana nota semua hilang…

 

Sekarang nota-nota dan semua jawapan saya simpan dalam kotak ini pula.  Lama sungguh menyimpannya.  Maklumlah, kita tak tahu sama ada kita lulus atau kena ulang periksa :|

Kalau lulus, semua ni boleh la keluarkan daripada bebanan, tapi kalau ada yang sangkut…?  heee.. takut nak sebut…

IMG_0872

Nota ni masih berguna.. tak buang.. ilmu dia kita nak pakai

Periksa board 2014 ialah periksa board yang paling lambat, izinkan saya ulang, PALING LAMBAT dapat result.  Hampir-hampir saya nak call board dan marah-marah.  Tapi saya takut nanti mereka cari kertas result saya dan gagalkan semua paper saya! :)) So saya tunggu saja diam-diam.

Setelah beberapa kali false alarm result exam keluar…

Mula2 expectation result sampai ke muka pintu bulan 12, tahun 2014. Tapi tunda ke tahun depan. Bermakna Januari 2015 lah masa dan ketikanya keputusan bakal diketahui.

Kami colan-colan exam board sabar menunggu. Hampa lagi hingga ke hujung Januari. Tentunya Februari jadi penentu khabar. Pastinya kami menggantung harapan keputusan keluar di awal Februari. Tapi tunda lagi ke ‘lepas raya Cina’. Adoiii.. Sabarlah hati.

Februari berganti Mac. Keputusan peperiksaan masih tak kunjung tiba. Akhirnya, kalau tanggal 25 ialah hari kebanyakan kita menerima gaji, tanggal 25 Mac 2015 ialah tarikh saya menerima keputusan peperiksaan saya. Di kala kami sudah tidak ambil pusing bila keputusan akan keluar.

Sebenarnya, mengikut desas-desus (ai, byknya dengar gosip dia ni..), exam board tahun 2014 adalah yang paling ramai ambil dalam satu2 tahun, so far.  Ada lebih 900 calon yang ambil exam di Klang Valley sahaja, belum termasuk di pusat lain. (tak sure la di mana pusat-pusat lain tu)

Sebelum ini, biasanya ada kira-kira separuh sahaja (atau mungkin kurang) calon-calon exam board ni… So, nampak tak, betapa ramainya orang yang nak lulus exam board dan jadi ejen hartanah berdaftar?

Coretan saya berakhir di sini.  Harap anda terhibur membaca coretan saya yang tak seberapa ini.  Saya perlu menyiapkan diri.  Study lagi untuk exam akan datang tahun ini Inshaa Allah.

 

Nida Hanif M. Daud,

016-9 689 754

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Footer menu area. Create your footer menu in Appearance -> Menus