Login


Register | Recover Password
 

* Bayaran Pada Hari Sign SPA (Sale Purchase Agreement)(PJB/Perjanjian Jual Beli)

Tags: , , , ,

Disclaimer:

Segala ‘guideline’ di bawah adalah apa yang dipraktikkan jika anda berurusan melalui peguam yang dilantik oleh Nida Hartanah (admin blog).  Jika tidak, sila rujuk ejen hartanah berdaftar anda atau peguam anda atau lain-lain.

————————————————–

SPA

Selepas anda membayar booking fee rumah/hartanah yang hendak dibeli (iaitu booking fee sebanyak 3% daripada harga rumah/hartanah), proses seterusnya ialah tandatangan SPA (Rujuk sini untuk maksud SPA).

Tempoh yang diberi untuk pembeli menandatangani SPA ialah 14 hari bekerja bermula dari:

i) tarikh penjual rumah/hartanah menandatangani LOF (Letter of Offer) (atau booking form), ATAU

ii) tarikh serahan SEMUA dokumen yang diperlukan oleh peguam untuk menyiapkan draf SPA,

yang mana LEBIH LEWAT.

BAYARAN

Bayaran pada hari tandatangan SPA terbahagi kepada sekurang-kurangnya 2 jenis bayaran:

i) Bayaran baki deposit (10% – booking fee)[Jika booking fee 3%, baki deposit ialah 7%, dll]

ii) Bayaran yuran guaman

Cara bayaran bergantung kepada peguam.   Sesetengah peguam menerima banker’s cheque/bank draft sahaja.  Tetapi ada peguam yang menerima tunai juga.  Sebaik-baiknya, tanya sendiri kepada peguam yang menguruskan pembelian rumah/hartanah anda.  Anda juga sepatutnya menelefon pejabat peguam untuk mendapatkan jumlah bayaran yang sebenarnya, dan ada baiknya anda ‘clarify’ berapa untuk bayaran mana.  Ini untuk mengelakkan kerumitan jika ada masalah dari segi ‘typo’, salah kira, atau masalah-masalah lain.

Dalam sesetengah kes, penjual mahu baki deposit terus dibayar kepada mereka.  Mereka juga mahu banker’s cheque/bank draft terus kepada nama mereka.  Hubungilah peguam anda untuk memastikan apa yang dikehendaki di dalam kes anda.

Jika tiada apa-apa arahan/permintaan spesifik daripada penjual rumah/hartanah, anda boleh sediakan saja banker’s cheque/bank draft di atas nama ‘Client Account’ firma guaman.  Dapatkan nama akaun, jumlah bayaran i) dan ii) di atas, dan bayar terus kepada ‘Client Account’ firma guaman.

Tentang jumlah bayaran i) dan ii) di atas, jika terdapat apa-apa permintaan daripada pihak pembeli, contohnya pengurangan bayaran atas sebab ingin membuat pengeluaran KWSP (EPF), biasanya dibenarkan dengan syarat dibenarkan oleh penjual.  Dari segi bayaran kepada pihak peguam, anda boleh tanya peguam jika mereka membenarkan bayaran ansuran.

Jika anda ada soalan atau mahu tahu lebih lanjut, sila hubungi saya seperti nombor di bawah:

————————————————–

Anda ada rumah/shoplot/hartanah yang hendak dijual? Call sekarang untuk khidmat nasihat PERCUMA.

Call/SMS/Whatsapp: 016 9689 754

Email: nidarescom@gmail.com

Wilayah saya : Puchong, Saujana Putra, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Salak Tinggi, Sepang, Nilai, Seri Kembangan, Bangi, Kajang, Kelana Jaya, USJ, Kota Damansara, Shah Alam, dan kawasan sekitarnya.

Integrated Services:
Valuation, Legal, Loan & Consultation

~ I’m very committed, Professional & willing to share my knowledge with you (FOR FREE!!!!) ~

Please see my other listings [[ MORE UPDATED!!! ]] at

http://www.rescom.my/-hasnida

*** Owners are most welcome to list ***
————————————————–

 

 

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Footer menu area. Create your footer menu in Appearance -> Menus