Login


Register | Recover Password
 

* Apa Owner perlu buat jika ingin Jual Rumah?

Anda pemilik hartanah dan ingin jual hartanah anda?

[Sila klik sini jika mahu Harga Pasaran Terkini hartanah anda]

Ingin tahu apa yang anda perlu buat?

Saya ringkaskan seperti di bawah:

  1. Dapatkan harga pasaran hartanah anda
  2. Cari pembeli
  3. Pembeli bayar booking (mungkin melalui peguam)
  4. Pembeli cari pinjaman bank/kerajaan
  5. Tandatangan SNP
  6. Tunggu
  7. Serah kunci & selesai

Proses di atas adalah proses kasarnya.  Apabila kita menghalusinya, beberapa soalan mungkin timbul:

  1. Di mana nak cari harga pasaran? Bank atau penilai?
  2. Berapa bayaran kepada penilai?
  3. Adakah harga itu yang terbaik bagi hartanah saya?
  4. Bolehkah jika saya ingin letakkan lebih tinggi lagi?
  5. Bolehkah harga oleh penilai ini digunakan oleh bank pembeli?
  6. Bagaimana mengiklan?
  7. Berapa kos (RM, masa, tenaga, dll) untuk mengiklan?
  8. Bila pembeli ingin lihat rumah?
  9. Adakah pembeli ini benar-benar serius atau hanya lihat-lihat?
  10. Adakah pembeli ini benar-benar layak untuk mendapat pinjaman?
  11. Runding harga? Banyak sangat minta diskaun tu….Macam mana, perlu bagi atau tidak?
  12. Saya sendiri tidak tahu proses jual/beli rumah, mungkinkah pembeli tahu?
  13. Kepada siapa booking fee perlu dibayar?
  14. Sebanyak mana?
  15. Peguam mana yang bagus?
  16. Sudahkah pembeli membuat pinjaman bank?
  17. Sudahkah pinjamannya lulus?
  18. Berapa lama saya perlu tunggu?
  19. Rasa sudah tunggu lama, betulkah semuanya sedang berjalan?
  20. ADAKAH SAYA ADA MASA UNTUK SEMUA DI ATAS???
  21. Adakah berbaloi untuk berjimat beberapa ribu tapi saya perlu mengharung perkara-perkara di atas?

Dewasa ini, pemilik rumah yang bijak menggunakan khidmat ejen/perunding hartanah bagi menyelesaikan urusan penjualan hartanah mereka. Ejen/Perunding hartanah yang bagus akan:

  1. menasihatkan tentang harga yang memenuhi keperluan pemilik – sama ada menurut harga pasaran, atau dengan diskaun (supaya dapat jual lebih cepat), atau menurut harga yang pemilik rasa selayaknya bagi hartanah mereka
  2. membantu proses mencari nilai pasaran yang cepat, tepat dan terkini
  3. menerangkan proses jual/beli
  4. membawa pembeli-pembeli untuk melihat rumah (mungkin berkali-kali membawa pembeli sehingga berjumpa pembeli yang benar-benar minat & layak)
  5. menapis pembeli yang benar-benar layak untuk proses ‘booking’ (supaya proses berlaku dengan licin dan tidak berulang-kali akibat pinjaman bank gagal)
  6. membantu pembeli mendapatkan pinjaman bank (dengan pengetahuan bank mana yang paling sesuai untuk hartanah anda) (bergantung kepada beberapa faktor)
  7. mengikut garis masa yang adil dan sepatutnya bagi kedua-dua pihak
  8. mempunyai jaringan yang baik dengan bankers, lawyers, buyers bagi menjayakan penjualan hartanah anda dengan pantas
  9. membantu mendapatkan perkhidmatan guaman
  10. mengikuti perkembangan proses jual/beli dan meng’update’ pemilik
  11. tidak mendesak pemilik menurunkan harga
  12. dan lain-lain

Jika anda ingin menggunakan khidmat saya sebagai Perunding Hartanah anda, sila hubungi saya: Nida 016 – 9 689 754 Sila klik link ini untuk mendaftarkan hartanah anda buat carian harga pasaran.

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Footer menu area. Create your footer menu in Appearance -> Menus